Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 5, 2018

‘NO WAY' 40 MP BN AKAN LOMPAT PARTI






Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak mungkin 40 orang Ahli Parlimen UMNO akan lompat walaupun tekanan dan ugutan terus-terusan diberi.

Jelas beliau, isu ini wujud kerana ada ‘penjaja’ yang sedang memainkan perkara ini bagi memecah-belahkan kekuatan UMNO.

“Wartawan tolong tulis… ‘no way’ 40 Ahli Parlimen akan lompat. Saya yakin MP kita bersedia untuk turut bersama dengan UMNO.

“Takkan saya nak lompat.. takkan mat GST (Ahmad Maslan) nak lompat… takkan Annuar Musa, Shamsul Nasarah nak lompat.. jadi mana datang 40 orang tu.

“Disebabkan mereka melihat UMNO masih kukuh jadi mereka mahu memecahkan kita.. bukan sahaja dari luar tetapi dari dalam.. ini kerana aset paling penting kepada kita adalah MP dan ADUN,” ujar beliau ketika berucap dalam program jelajah Presiden bersama kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi UMNO peringkat negeri Pulau Pinang.

Tambah zahid, pihak musuh kini menggunakan pelbagai saluran untuk melemahkan UMNO termasuk mewujudkan persepsi kononnya ‘UMNO is finish’, pemimpin UMNO tidak berakhlak… korup dan tidak membela nasib rakyat.

“62 tahun kita perintah dan dari 62 tahun itu ia diperintah 22 tahun org yang sama. Boleh ke perintah kalau tanpa UMNO. Kalau UMNO rasuah… perompak… zaman dia bagaimana. kalau dia cakap UMNO orang benci, zaman dia bagaimana.

“Ini ibarat menepuk air di dulang… meludah ke langit,” katanya.


0 comments:

share2