Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 9, 2018

KINI MASA TERBAIK PEGUAM NEGARA DAKWA DAIM


Kini Masa Terbaik Peguam Negara Dakwa Daim


BUKTIKANLAH… Sekarang adalah masa yang paling baik untuk Peguam Negara, Tommy Thomas melakukan pendakwaan terhadap ‘orang kuat’ Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin.

Demikian sindir Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi sambil dakwa bahawa kedudukan hebat Tommy sekarang adalah platform untuk dirinya membuktikan beliau merupakan Peguam Negara terbaik dalam sejarah Malaysia Baharu.

“Genap 32 tahun lalu, Tommy pernah kecam Daim kerana berjaya menguasai UMBC ketika masih menjadi Menteri Kewangan. Bahkan beliau juga desak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kes tersebut.

“Ini terdapat dalam tulisan yang bertajuk ‘Law, Politics and Busines: A Conflict of Interest’ pada 1986. Beliau mendedahkan bagaimana pembelian itu jelas tidak mengikut prinsip ‘Rule of Law’ seperti Seksyen 23B Akta Bank.

“Juga dipersoalkan Tommy mengenai status kelulusan pinjaman terhadap Daim sebanyak RM164 juta daripada pihak Oversea Chinese Banking Corporation Bank (OCBC) untuk mampu pula membeli saham UMBC,” jelas Puad.

Malah kata beliau, timbul tanda tanya, kenapa Petronas dan Pernas tidak beli saham UMBC yang diperuntukkan kepada mereka sehingga menyebabkan Daim tiba-tiba boleh menjadi pemilik majoriti saham dalam UMBC.

“Walaupun sudah lama, tetapi kini beliau ialah Peguam Negara. Beliau ada kuasa untuk dakwa Daim. Ini adalah masa terbaik untuk membuktikan dia adalah Peguam Negara terbaik dalam sejarah Malaysia Baru,” kata Puad.

Tambah bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO itu lagi, Tommy akan dilihat sebagai Peguam Negara yang berkecuali setelah imejnya tercemar kerana menggugurkan kes rasuah membabitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Malahan Tommy cetus kontroversi apabila bebas bertindak melantik Sitpa Nevaratnam yang pernah bekerja dengan dirinya sendiri untuk dilantik pula sebagai peguam 1MDB dalam kes kapal layar Equanimity.

“Tommy juga akan dikenali sebagai ‘Pemberani’ jika dakwa Daim kerana Daim ialah Pengerusi CEP (Majlis Penasihat Kerajaan) iaitu orang kepercayaan Tun M yang melantik beliau sebagai Peguam Negara,” sindir Puad.

Jika Tommy tidak mendakwa Daim ujar beliau, terbukti semua pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Musa Aman ialah pertuduhan politik.

“Apatah lagi banyak kes yang melibatkan skandal penyokong Pakatan Harapan (PH) tiba-tiba telah pun digugurkan oleh Tommy tanpa sebab jelas,” kata Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. 


0 comments:

share2