Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 7, 2018

ISU PTPTN: ADAM TEMPELAK PH 'HINA' PEMINJAM?



Isu PTPTN: Adam Tempelak PH ‘Hina’ Peminjam?



MARAH… Aktivis pelajar, Adam Adli Abd. Halim menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat amat ‘kebal’ sehingga tiada seorang menteri dalam kalangan mereka buat permohonan maaf.

Ia berhubung isu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu konon dijanji akan dimansuh dan menyebabkan ramai pemimjam mengundi PH.

Namun menurut Adam, setelah kerajaan PH memutuskan peminjam dikenakan bayar balik waima gaji RM1,000 sebulan, tiada seorang menteri pun yang memohon maaf kepada rakyat khususnya kepada pelajar pengajian tinggi.

“Takkan sekelumit kata maaf pun susah hendak ditutur dek gagal penuhi apa dijanjikan sendiri? Terlalu tinggikah duduknya hari ini sampai tiada rendah diri lagi dalam perkataan? Bahaya bapak menteri. Bahaya,” tulis Adam Adli.

Catatan beliau menerusi laman sosial Facebook miliknya turut gesa Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik harus bertindak wajar dengan mohon maaf kerana PH tidak tepati janji manifesto PH yang ingin hapus hutang PTPTN.

Pada Jumaat minggu lalu, Adam Adli menggesa kerajaan PH menyemak semula Belanjawan 2019 mengenai langkah bayaran balik pinjaman PTPTN kerana nilai gaji RM1,000 sebulan terlalu kecil pada ketika ini bagi graduan baharu.

Menerusi pembentangan bajet itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan peminjam berpendapatan lebih RM1,000 sebulan perlu juga bayar balik pinjaman dengan cara potongan gaji antara dua hingga 15 peratus.

Sebelum ini, Maszlee berkata bahawa pihak kementeriannya konon akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan.

Beliau berkata, ini kerana, isu berkaitan PTPTN merupakan 10 janji utama dalam 100 hari pentadbiran PH sehingga dorong bekas peminjam tabung itu mengundi blok tersebut ketika PRU ke-14 lalu.


0 comments:

share2