Bayi lelaki yang ditemui di Hentian Rehat Lanchang pada Selasa lalu diberikan nama Muhammad Rizqy Sofiy.
Nama tersebut diberikan Exco Jawatankuasa Kebudayaan,Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dato' Sri Shahaniza Shamsudin ketika melawat bayi malang tersebut di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh semalam.
Beliau diiringi Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Zulkarnain Zainal Abidin dalam lawatan tersebut.
Ketika ditanya pemilihan nama tersebut, beliau memberitahu ia kerana rezeki bayi tersebut dijumpai dalam keadaan selamat.
Menurutnya, ia juga kerana rezeki bayi terbabit dapat diselamatkan dengan cepat dan sihat ketika ditemui orang awam pada hari kejadian.
"Setakat ini Rizqy dalam pemantauan pihak hospital dan syukur bayi ini dalam keadaan sihat.
"Dengan berat 2.7kg, bayi ini akan terus dipantau sehingga pihak hospital benar-benar berpuas hati dengan tahap kesihatannya," katanya kepada pemberita selepas lawatan tersebut.
0 comments:
Post a Comment