Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 12, 2018

SST… BARU EMPAT BULAN RAKYAT SUDAH TERKESAN, BUKTI PH TAK HIRAU EKONOMI NEGARA – SHAHAR





Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah berpandangan apa jua dasar yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini memperlihatkan mereka tidak mengambil kira keadaan sebenar yang berlaku dalam ekonomi negara.

“Sebelum ini mereka menyatakan di Dewan Rakyat bahawa dengan terlaksana SST akan mengurangkan beban rakyat sedangkan rakyat sebaliknya makin terkesan dengan keadaan ekonomi hari ini.

“Itu sebabnya pada saya mereka tidak seharusnya menutup apa yang baik dilakukan oleh kerajaan terdahulu kerana ia dilaksanakan untuk rakyat. Saya tahu dan yakin rakyat sudah terkesan… baru empat bulan,” katanya.




Dalam perkembangan lain beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO berkata kerajaan seharusnya memohon maaf kepada rakyat negara ini atas kegagalan mereka menunaikan janji-janji yang ditaburkan terutama yang melibatkan janji 100 hari kerana gagal ditunaikan sepenuhnya.

Menurut beliau kegagalan berbuat demikian menampakkan mereka seolah-olah takbur dan sombong setelah mendapat apa yang diidamkan sebelum ini tanpa memikirkan perkara yang sewajarnya dinikmati oleh rakyat sepertimana yang dicanang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

“Kegagalan memohon maaf…apabila kita tidak dapat menunaikan janji kita perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana rakyat terutama pengundi yang telah memberikan mandat baru-baru ini kepada kerajaan PH untuk memimpin negara ini tentunya berasaskan kepada segala yang dijanjikan itu.

“Jika tidak mahu memohon maaf nampaknya mereka mempunyai sikap takbur dan sombong setelah mempunyai kuasa dan mereka seolah-olah mempunyai kekebalan malah tidak menghiraukan lagi apa yang dituntut oleh rakyat,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya menegaskan rakyat perlu bangun dan terus menyatakan deklarasi mereka dalam usaha menuntut secara berterusan apa yang dijanjikan itu.

“Yang mereka tahu apabila makin hampir pilihan raya mereka sekali lagi akan menjanjikan segala-segalanya seperti bulan dan bintang kepada rakyat tetapi kita sebagai pemimpin perlu memahami bahawa rakyat akan terus mempunyai kuasa.

“Kalau mereka tidak mahu meminta maaf dan sebagianya saya yakin ini bukanlah kerajaan yang patut diberikan mandat lagi. Walaupu masih baru inilah realitinya… Rakyat perlu bangun dan perlu menyatakan deklarasi mereka agar kerajaan PH menunaikan segala janji mereka sepertimana yang diucapkan.

“Apa pun sebenarnya ini adalah isyarat jelas bahawa kerajaan terbina hari ini adalah atas janji-janji palsu. Hanya beberapa perkara yang dilaksanakan,” katanya.

Sumber

0 comments:

share2