Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 25, 2018

HUTANG PTPTN, JANJI FANTASI PH AKHIRNYA MAKAN DIRI



Hutang PTPTN, Janji Fantasi PH Akhirnya Makan Diri




SELEPAS tidak mampu menunaikan janji-janji pilihan raya, Pakatan Harapan (PH) akhirnya menyalahkan pula rakyat, yang sebahagian besarnya ialah pengundi PH sendiri.

Apa yang lebih memudaratkan, PH mula bercakap dalam gaya bahasa agama, seperti menyebut kewajipan, amana, dan lain-lain istilah agama untuk menutup agenda sebenar mereka.

Mereka yang mempunyai hutang PTPTN kini dikeji dan didakwa tidak amanah, seolah-oleh mereka ini sengaja tidak mahu membayar hutang mereka.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bercakap mengulas hutang PTPTN dengan nada khutbah dan mengalihkan beban kesalahan pada peminjam.

PH sebenarnya mengundang keengkaran membayar ini apabila berjanji mereka yang gaji belum mencapai RM4,000 tidak perlu membayar hutang PTPTN.

Mereka juga melaungkan janji populis seperti mahu menyediakan pendidikan percuma hingga peringkat tinggi, mengatakan peminjam PTPTN tidak salah kerana mereka dipaksa meminjam dan banyak lagi.

Memang bukan semua mereka janjikan dalam manifesto, tetapi inilah kempen mereka selama ini, sejak zaman Adam Adli lagi!

Sebut tentang Adam Adli, kisah ini juga mengingatkan kembali bagaimana merekalah yang sehabisnya mempolitikkan PTPTN sejak dulu.

Mereka membawa jawapan untuk semua masalah yang dikaitkan dengan kerajaan BN dahulu, yang dituduh telah menguruskan hal belanja pendidikan ini dengan salah.

Rayuan supaya tidak mempolitikkan PTPTN ini melucukan dan mendedahkan sikap munafik mereka sendiri yang sebelum ini bersama mahasiswa berdemonstrasi mempersalahkan kerajaan BN.

Selama ini mereka menyebut pendidikan percuma, dan ini bukan tuduhan orang lain. Mereka sendiri mendakwa hasil Petronas cukup untuk menampung belanja pendidikan percuma.

Hari ini, nada mereka sudah berubah apabila menteri pelajaran akhirnya bercakap bertentangan dengan janji mereka dulu.

Apakah nilai janji mereka sekiranya sudahlah apa yang dijanji tidak ditunai, mereka yang menuntut janji pula dituduh tidak amanah.

Jika begini tindakan mereka, terbuktilah janji mereka hanya untuk mendapatkan kuasa.

Pengundi yang berharap janji mansuh PTPTN ditunai hanya dipergunakan harapan mereka agar mengundi PH.

Sekarang ramai yang tidak berani menentang pendirian terbaru PH kerana mereka menggunakan hujah agama.

Mereka cukup suka “menunggang agama” sekarang ini, sedangkan sebelum ini menuduh pihak lain memperguna agama.


0 comments:

share2