Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 2, 2018

KUANTAN: PENURUNAN KUASA PIHAK BERKUASA NEGERI KEPADA PENTADBIR TANAH DAN PENDAFTAR BAGI MENDAPATKAN KELULUSAN KEBENARAN PINDAHMILIK, GADAIAN DAN PAJAKAN TANAH







Kerajaan Negeri Pahang telah membuat keputusan bagi memendekkan masa serta memudah- carakan urusan berkaitan Kelulusan Kebenaran Pindahmilik, Gadaian dan Pajakan Tanah.

Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata berkuatkuasa pada 1hb Ogos 1918 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang mengambil keputusan memutuskan permohonan Kebenaran Pindahmilik dan Gadaian bagi tujuan KASIH SAYANG untuk suami- isteri dan anak-beranak yang meliputi waris kadim (bapa-anak, ibu-anak, adik-beradik, nenek- cucu, datuk­cucu) serta bukan waris kadim (saudara terdekat iaitu sepupu, anak saudara, bapa saudara dan ibu saudara) diturun kuasa kepada Pentadbir Tanah.

Menurut beliau lagi semua permohonan di atas samada Hakmilik Pejabat Tanah atau Hakmilik Pejabat Pendaftar hendaklah dikemukakan di Pejabat Tanah dan dipertimbangkan oleh Pentadbir Tanah sahaja. Keputusan bagi permohonan yang lengkap akan dikeluarkan dalam tempuh sehari atau dua hari bekerja.

“Berbeza dengan cara lama dahulu permohonan perlu dimohon kepada Pejabat Tanah, kemudian Pejabat Tanah kemukakan ke Pejabat PTG dan seterusnya Pejabat PTG hantar ke Pejabat Menteri Besar untuk dipertimbangkan. dalam tempoh masa minimum 3 bulan untuk keputusan.

”Sementara permohonan Kebenaran Pindahmilik, Gadaian dan Pajakan Tanah lndividu atau Syarikat dalam kategori :Melayu kepada Melayu, Bukan Melayu kepada Bukan Melayu dan Bukan Melayu kepada Melayu diturun kuasa kepada samada Pendaftar/Pengarah PTG bagi hakmilik dan Pejabat Pendaftar Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah bagi hakmilik Pejabat Tanah. Keputusan bagi permohonan yang lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja."

"Beza dengan cara kerja lama dahulu, permohonnan di atas perlu di mohon kepada Pejabat Tanh, kemudian Pejabat Tanah kemukakan ke Pejabat PTG dan seterusnya Pejabat PTG hantar ke Pejabat Menteri Besar untuk dipertimbangkan. Tempoh masa minimum 3 bulan untuk keputusan," kata Dato' Wan Rosdi.

Menurut beliau lagi Permohonan Rayuan Kebenaran Pindahmilik, Gadaian dan Pajakan Tanah (Tidak termasuk Melayu kepada Bukan Melayu diturunkuasa kepada Pendaftar/Pengarah PTG bagi Hakmilik dan Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah bagi Hakmilik Pejabat. Keputusan bagi permohonan yang lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja.


0 comments:

share2