Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 1, 2018

KERAJAAN PH DIBIDAS: TREND JAWAPAN 'AKAN KAJI SEMULA'






Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar membidas sikap kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang sering membatalkan atau menggunakan alasan kaji semula terhadap semua projek dan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau, perkara sebegitu seolah-olah menjadi trend kepada kerajaan baru ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada timbalan menteri yang memberikan jawapan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan BN, terbukti yang berhormat kata pendapatan rakyat luar bandar semakin meningkat dan juga kemajuan luar bandar dapat kita pertingkatkan.

“Adakah dasar-dasar yang telah dibuat oleh kerajaan BN sebelum ini akan dikaji semula ataupun akan dimansuhkan dasar-dasar ini, kerana kerajaan PH sekarang ini trendnya saya lihat selalunya nak mengkaji. Nak mengkaji dasar-dasar yang dibuat BN kemudian diputuskan akan ditangguhkan atau dibatalkan dengan alasan kekangan kewangan.

“Jadi adakah dasar-dasar yang baik yang dibuat oleh BN juga akan dikaji dan mungkin juga akan dimansuhkan dengan alasan masalah kekangan kewangan yang kononnya hutang terlampau banyak,” katanya ketika dalam soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa di Dewan Rakyat, hari ini.

Sivarasa dalam jawapannya berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan program-program sedia ada yang diperkenalkan oleh BN.

Walau bagaimanapun beliau tidak menolak bahawa terdapat di antara program-program tersebut akan dikaji semula.


0 comments:

share2