Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 9, 2018

ZAM BIADAP CADANG TUTUP SEKOLAH TAHFIZ



Zam Biadab Cadang Tutup Sekolah Tahfiz



KETIKA Barisan Nasional (BN) perkasa institusi tahfiz termasuk mewujudkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang pertama seumpama di dunia, Pakatan Harapan (PH) pula sebaliknya.

Semalam, netizen gempar apabila ‘orang kuat’ Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri iaitu Tan Sri Zainuddin Maidin dilapor portal tempatan mencadangkan supaya pusat pendidikan tahfiz di seluruh negara ditutup.

Menerusi catatan dalam blognya semalam, Zainuddin yang sering disapa sebagai Zam, mengesyorkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa agar semua sekolah tahfiz di negara ini ditutup terus.

Ini kerana konona institusi hafazan al-Quran tidak beri harapan masa depan kepada generasi baharu dan beliau juga mahu menteri hal ehwal Islam itu untuk cegah sekolah agama menjadikan ‘pakaian Arab’ sebagai uniform rasmi.

Kesal saranan biadab itu, beberapa tokoh agama tempatan termasuk mufti persoal kewarasan bekas Menteri Penerangan yang pernah dipecat Mahathir itu sendiri daripada jawatan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan.

Menurut Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad, Zainuddin sebaliknya perlu membantu untuk memperbaiki lagi kelemahan sistem pusat tahfiz supaya sehaluan dengan kemajuan arus semasa.

“Dia (Zainuddin) sepatutnya menentang pusat-pusat pelacuran, kedai-kedai minuman keras, itu yang patut disarankan untuk ditutup dengan segera, bukannya pusat tahfiz. Pandangan beliau memang tidak wajar.

“Sebagai orang Islam, perkara yang memartabatkan agama Islam perlu disokong dan sama-sama diperbaiki kelemahannya, bukannya minta untuk ditutup,” katanya ketika dihubungi sebuah akhbar tempatan hari ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula meminta Zam tidak menilai penubuhan pusat tahfiz dengan sudut pandangan tidak jelas, sebaliknya lihat sebagai antara tanggungjawab umat Islam menunaikan fardu Kifayah.

“Dari sudut hukum, penubuhan tahfiz sebenarnya fardu Kifayah. Jika beliau persoal penubuhan institusi ini tidak beri masa depan kepada generasi baru, kenapa tidak sama-sama bertanggungjawab perbaiki kelemahan?” soalnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA), Mohd. Zahid Mahmod menegaskan pihaknya akan tetap pertahan malah penubuhan institusi itu akan diperbesarkan lagi di seluruh negara.

“Kenyataan Zainuddin jelas seolah-olah pendiriannya itu menyerang umat Islam amnya, warga tahfiz khususnya. Sehubungan itu, PINTA sekeras-kerasnya menentang cadangan tersebut. Kalau ada kekurangan, sempurnakan.

“Jika ada kelemahan, perkuatkan serta cari jalan kepada masalah yang sedia ada. Itu yang lebih penting,” ujarnya. Komen itu turut dipersetujui pendakwah yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya.

Anak kepada bekas mufti Perlis itu berkata, Zam sepatutnya mengggesa pihak kerajaan PH supaya memperkasakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), apatah lagi beliau sendiri adalah seorang Melayu yang beragama Islam.

“Apa yang sepatutnya dia buat adalah meneruskan apa yang kerajaan sebelum ini lakukan iaitu memperkasakan DPTN untuk kita pastikan tadbir urusnya berlangsung dengan baik. Bukan cadang tutup (sekolah tahfiz).

“Saya pun tidak faham macam mana bekas menteri ini berfikir, beragama Islam pula, apa dia punya pandangan terhadap institusi tahfiz quran ini? Adakah dia pandang institusi tahfiz langsung tidak ada kepentingan.

“Atau tiada kebaikan kepada generasi kita?” katanya kepada BNBBC.my portal. Tegas Fathul Bari lagi, beliau percaya Zam tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk menyokong cadangan yang dibuatnya itu sendiri.

Ini kerana antara alasan Zam menerusi penulisan di blognya itu yang meminta Mujahid untuk menutup sekolah tahfiz konon sebagai usaha bagi membawa keluar umat Islam daripada ‘amalan agama jumud’.


0 comments:

share2