Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 9, 2018

UEC SABOTAJ PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN





Pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) merupakan sabotaj terhadap pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 selain boleh merenggangkan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, parti itu membantah pengiktirafan UEC kerana pelaksanaannya sama ada daripada aspek piawaian, silibus dan bahasa jelas bercanggah dengan status quo sistem pendidikan yang diamalkan di negara ini.

“Dua strategi utama untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di institusi pendidikan negara. Selain itu, kurikulum yang diwujudkan mestilah selaras dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.

“Bahasa Kebangsaan yang dirujuk dalam Akta Pendidikan 1996 ditafsirkan sebagai Bahasa Melayu sepertimana yang telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga Seksyen 74 Akta Pendidikan 1996 dengan jelas mengarahkan semua institusi pendidikan swasta mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan dan menyediakan murid-murid bagi peperiksaan yang telah diselaraskan di peringkat negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mengumumkan pengambilan lulusan UEC akan dilaksanakan sebagai antara syarat perjawatan peringkat negeri kerana ia adalah sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dalam kenyataan terbaharunya pula seperti yang dipetik dalam portal Malaysiakini hari ini, mahu isu UEC selesai sebelum hujung tahun ini selain menambah isu tersebut tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

© Utusan Melayu (M) Bhd

0 comments:

share2