Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 26, 2018

PH TAK KAJI SEBELUM JANJI CARUMAN KWSP ISTERI?


PH Tak Kaji Sebelum Janji Caruman KWSP Isteri?


MENGAPA Pakatan Harapan (PH) berjanji kepada rakyat akan mewujudkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah jika sukar melaksanakannya?

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, PH sepatutnya telah kaji daripada segenap sudut mengenainya sebelum dihebahkan sebagai salah satu janji mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

Justeru, katanya, kerajaan PH mesti segera menjelaskan secara terperinci kepada seluruh rakyat mengenai pelaksanaan caruman dua peratus KWSP itu kepada suri rumah.


Noraini berkata, pelaksanaan caruman dua peratus itu pula perlu meliputi pelbagai situasi dan keadaan termasuk mekanisme jika suami tidak bekerja dan suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri.

Kata beliau, Wanita UMNO juga menuntut agar kerajaan PH menunaikan 10 janji dalam tempoh 100 hari dengan segera sebelum tempoh berkenaan berakhir tidak lama lagi.

“Ini bagi membuktikan mereka benar-benar sebuah kerajaan yang telus dalam menunaikan janji kepada rakyat,” katanya.


0 comments:

share2