Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 14, 2018

KANTOI GUAN ENG TIPU KOS LRT 3 KONON MURAH


Kantoi LGE Tipu Kos LRT 3 Konon Murah



BONGKAR… Seluruh negara malah dunia semalam gempar apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan angkuhnya berkata konon Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) berjaya dikurangkan kos!

Maka ‘kecohlah’ netizen pro-Pakatan Harapan (PH) dengan bangganya canang ke pelusuk alam bahawa kerajaan baharu Malaysia berjaya jimat projek rakyat yang konon dibazirkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Bayangkanlah keceriaan Guan Eng dengan megah pada sidang media di Putrajaya mendedahkan konon projek rel mega itu dapat diturunkan kosnya daripada RM32 bilion kepada RM17 bilion iaitu penjimatan 47 peratus. Wow!


Begitulah nasib penyokong tegar PH yang tanpa fikir panjang terus ‘hadam’ segala pembohongan Setiausaha Agung DAP itu tanpa tahu fakta sebenar projek LRT 3 menghubungkan Bandar Utama, Petaling Jaya ke Johan Setia, Klang.

Walhal bagi yang ikuti perkembangan semasa tentu maklum, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pelancaran projek itu di Shah Alam tahun lalu sudah pun menyatakan kos pembinaannya cuma RM9 bilion.

Apa? Hanya RM9 bilion meliputi landasan sejauh 36 kilometer dilengkapi 25 buah stesen termasuk laluan bawah tanah dengan operasi perkhidmatannya mengandungi 42 set tren enam koc yang boleh tampung 74,000 pengguna!

Bagi yang tidak tahu cerita lama itu, silalah klik pautan berita ini Projek LRT 3 Bakal Siap 31 Ogos 2020 – PM dan secara kebetulan pernah disiarkan sebagai tajuk utama semua media tempatan pada 24 Ogos tahun lalu.



Lucunya semalam, Guan Eng tiba-tiba memaklumkan media konon kos RM9 bilion itu ‘amat mahal’ serta terpaksa dikurang jadi RM16.63 bilion dengan tanpa ada lima stesen, terowong sejauh dua kiometer dan stesen bawah tanah.

Bahkan projek yang sepatutnya boleh siap awal tahun 2020 itu, tetapi kini dilanjutkan sehingga lewat tahun 2024 dengan operasi harian hanya dijalankan menerusi 22 set tren 3 koc dan ia tentunya kuranglah kapasiti penumpang.

Lebih kelakar, beliau berkata penjimatan kos projek itu menyaksikan saiz depoh dan beberapa buah stesen terpaksa dikecilkan. Adakah Guan Eng buat lawak jenaka atau cuba perbodohkan rakyat Malaysia dengan fakta sebegini?

Untuk rekod, ketika Najib gembira melancarkan projek LRT 3 di Stadium Malawati pada tahun lalu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika itu Menteri Besar Selangor, turut hadir dan ada bersama-sama di pentas utama.

Guan Eng jika masih tidak percaya, boleh tanya sendiri kepada Timbalan Presiden PKR itu yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengenai bagaimana suasana meriah majlis pelancaran projek Kerajaan Persekutuan tersebut.

Maka timbul persoalan, apakah maksud Guan Eng konon berlaku penjimatan hampir 50 peratus, padahal Najib dapat laksana projek itu lebih murah tanpa sebarang bajet tambahan? Atau Guan Eng cuba tipu rakyat jahil fakta?

Jika terbukti Guan Eng sengaja berbohong, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertindak kerana terbukti berlaku ketirisan dan pembaziran duit rakyat marhaen oleh kerajaan PH sendiri.


0 comments:

share2