Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 16, 2018

CUKAI LEBIH TINGGI BERBANDING GST AKAN DILAKSANA



Cukai Lebih Tinggi Berbanding GST Akan Dilaksana



MENTERI Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan cukai jualan sebanyak 6 peratus dan cukai perkhidmatan 10 peratus akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Cukai menggantikan GST itu bakal dilaksanakan pada 1 September.

Jumlah itu mengatasi kadar 6 peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah ditetapkan pada kosong peratus dan bakal dimansuhkan.

Beliau mengumumkan kadar cukai baharu ini dalam ucaptamanya di Persidangan Cukai Kebangsaan di KLCC hari ini.

Menteri kewangan itu berkata rang undang-undang berkaitan dijangka dibentangkan di Parlimen bulan depan.

Menurut Guan Eng, cukai menggantikan GST itu dijangka menghasilkan pendapatan sebanyak RM4 bilion, jumlah yang lebih rendah berbanding kutipan hasil GST.

Penetapan kadar GST pada kadar sifat telah mengurangkan pendapatan negara sebanyak RM21 bilion.

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mendakwa GST sebagai punca kenaikan harga barangan dan menyebabkan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Kerajaan PH mengalami masalah melaksanakan janji-janji pilihan rayanya yang memerlukan belanja besar akibat tindakan menamatkan kutipan GST yang menyusutkan pendapatan kerajaan.


0 comments:

share2