Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 6, 2018

ALA ISRAEL BEKU AKAUN SUMBAT NAJIB KE LOKAP


Ala Israel Beku Akaun Sumbat Najib Ke Lokap



KELMARIN masyarakat dunia gempar apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh mengerahkan beku akaun bank warga Palestin yang ada kes serang askar rejim Zionis!

Tindakan biadab itu sengaja dilakukan bagi memastikan keluarga suspek tidak dapat mengeluarkan wang di bank sekali gus gaji diterima pejuang Palestin berkenaan tersekat dan kehidupan mereka tentunya bakal melarat susah.

Bagi yang tidak kuat iman, warga Palestin itu akan terpaksa serah diri kepada pihak berkuasa Israel untuk dihukum atau sanggup menjadi ejen perisik Mossad bagi menghancurkan gerakan kebangkitan di Gaza dan Tebing Barat.


Begitulah cara kejam rejim negara haram Yahudi menindas rakyat Palestin kerana sedar tentera Israel yang lengkap bersenjata hebat tidak mampu menghapuskan semangat juang anak-anak Al-Aqsa yang cuma berlastik batu kecil.


Namun nun jauh di sebuah negara majoriti Muslim di rantau Asia Tenggara pula, kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) seolah-olah mengikut gaya Zionis dengan menyekat segala akaun Datuk Seri Najib Tun Razak sejak bulan lalu.

Ia dipercayai sengaja dibuat untuk memastikan beliau gagal melunaskan baki ikat jamin RM500,000 di mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin ini sekali gus bakal disumbat masuk ke lokap sehingga perbicaraan awal Februari depan.


Terbaharu, satu demi satu akaun bank peribadi ahli keluarga bekas Perdana Menteri itu dibekukan konon menerima sumber ‘haram’ daripada dana rahsia 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semacam filem genre Mafia.

Petang semalam, netizen gempar apabila tular anak perempuan bekas Presiden UMNO itu, Nooryana Najwa Najib mempersoalkan kewajaran pihak berkuasa sengaja membekukan akaun anak lelakinya yang baru berusia 10 bulan.

Lewat malam tadi pula, anak lelaki Najib, Datuk Mohd. Nizar turut mengirim status serupa apabila mendedahkan beliau mengalami nasib yang sama sehingga menyukarkan dirinya untuk menjelaskan beberapa bil bulanan utiliti.

“Akaun saya dan adik-adik dibekukan. Nak bayar bil pun tak boleh. Semoga dugaan ini dipermudahkan Allah SWT,” kata beliau secara ringkas melalui status dalam akaun sosial Facebook miliknya yang turut dikongsi ramai netizen.

Pada Isnin lalu, Pasukan Petugas Khas 1MDB dilaporkan tidak menolak kemungkinan akan ada lagi banyak akaun yang bakal dibekukan selepas tindakan itu diambil terhadap 480 akaun bank lain. 


0 comments:

share2