Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 6, 2018

AHLI FARMASI KESAL UBAT MAKIN MAHAL


Ahli Farmasi Kesal Ubat Makin Mahal


Kenaikan harga barang semakin ketara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu sekali gus menyebabkan rakyat marhaen berasa tertekan di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Ia malah tidak catat kejatuhan harga di sebalik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) disifarkan kadarnya sejak 1 Jun lepas meskipun pemimpin PH mendakwa kononnya cukai itu jadi punca utama harga barang mahal selama ini.

Terbaharu, seorang ahli Persatuan Farmasi Malaysia, Abdul Nassir Mat Dani menulis surat terbuka kepada Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefli Ahmad bagi meluahkan kekesalan mengenai harga ubat yang kian meningkat di pasaran.

Beliau yang mengirim salinan surat itu kepada Mynewshub mendakwa bahawa harga ubat atau drug dikesan naik antara 20 hingga 35 peratus dalam jangka waktu amat singkat setelah berakhirnya PRU ke-14 pada 9 Mei lalu.




Abdul Nassir yang merupakan pengamal farmasi komuniti di premis swasta menjelaskan, rakyat terutama pesakit tidak berpuas hati dengan isu kenaikan harga itu khususnya ubat patent diimport dan sebahagian ubat generik.

“Sedangkan GST sudah dimansuhkan. Tukaran RM vs USD semakin baik. Sepatutnya harga ubat kekal stabil atau mengalami sedikit penurunan. Tetapi sebaliknya berlaku. Harga ubat terus meningkat secara drastik,” katanya.

Situasi itu ujarnya, boleh menjejaskan keupayaan rakyat untuk dapat ubat mampu beli dan berkualiti bagi merawat penyakit mereka terutama jenis kronik yang memerlukan pergantungan kepada rawatan ubat sepanjang hayat.

Justeru, Abdul Nassir merasakan ada pihak mengambil kesempatan ekoran peralihan kerajaan kerana sebahagian besar syarikat farmaseutikal dan pengimport produk ubat dikuasai proksi yang monopoli serta boleh sabotaj harga.

“Maka dengan rendah dirinya, saya memohon pihak YB Menteri Kesihatan menggunakan kebijaksanaan untuk bantu rakyat sekurang-kurangnya bendung kenaikan harga yang melampau melalui mekanisme sedia ada,” katanya.

Luahan Abdul Nassir itu ternyata mendedahkan kegagalan pentadbiran PH untuk bertindak meringankan beban pesakit miskin selepas lebih 40 hari berkuasa bahkan lebih teruk daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Namun, umum maklum bahawa dasar BN sebelum ini banyak menolong pesakit marhaen menerima rawatan di klinik atau hospital kerajaan untuk tetap menikmati caj rendah termasuk ubat secara percuma.


0 comments:

share2