Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 3, 2018

RAMAI RINDU NAJIB



Ramai rindu Najib



Kuala Lumpur - Ketika dibelenggu siasatan demi siasatan, bekas perdana menteri Dato' Sri Najib Tun Razak sempat berkunjung ke bazar ramadan.

Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Dato' Lokman Noor Adam menerusi Instagramnya berkata, ramai yang merindui bekas perdana menteri itu dan ramai juga yang mengambil kesempatan bergambar dengan Najib.

Beliau juga meletakkan #RinduZamanNajib #pray4dsnr.

Di Instagram Najib pula beliau menulis, “Beli juadah buka puasa di bazar ramadan bersama keluarga saya petang tadi’.

Status perkenaan mendapat komen positif netizen dengan rata-rata menyatakan amat merindui bekas perdana menteri itu termasuk ucapan-ucapan beliau tak kurang juga ada memberikan kata-kata semangat buat beliau sekeluarga.

Bekas perdana menteri itu kini berhadapan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung anak syarikat 1MDB, SRC Internasional Sdn Bhd.


0 comments:

share2