Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 3, 2018

PUJI KOMITMEN WAKIL RAKYAT DI PAHANG



 Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah



Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memuji komitmen yang diberikan setiap wakil rakyat di negeri ini selain berharap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas demi kepentingan rakyat.

Titahya, pujian harus diberikan selepas melihat semangat mereka yang mengenepikan sentimen emosi dan fahaman politik semata-mata hasil pertemuan baginda dengan mereka sejurus berakhirnya PRU14.

"Meskipun Pahang antara negeri pembangkang namun saya melihat usaha yang ditonjolkan wakil rakyat di negeri ini yang ingin bekerjasama rapat bersama Kerajaan Pusat dalam semua hal wajar diberikan sokongan.

"Setelah saya dapat mengenali setiap Ahli Dewan Undangan Negeri yang saya telah sua muka, saya dapat rasa semangat nak bekerjasama.. semangat nak membantu rakyat yang ada pada diri masing-masing.

"Saya berharap mereka yang dipilih rakyat melalui sistem demokrasi ini melaksanakan tugas seperti mana yang diamanahkan tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama," titah baginda pada majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Sri Semantan, Temerloh, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Exco Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin serta barisan Exco Kerajaan negeri dan Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir.

Dalam majlis itu juga seramai 400 orang kurang berkemampuan dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan berupa wang tunai dan kuih raya.

Sementara itu, baginda turut menzahirkan perasaan sedih atas kemangkatan bonda mertua baginda, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah yang juga bonda kepada Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


0 comments:

share2