Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 18, 2018

'KIT SIANG JANGAN MASUK CAMPUR'



ANNUAR MUSA




Penasihat DAP, Lim Kit Siang dinasihatkan supa­ya tutup mulut dan tidak mencampuri hal ehwal dalaman UMNO.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, nasihat itu dibuat berikutan tindakan pemimpin veteran DAP itu me­nyentuh urusan dalaman UMNO termasuk pemilihan Majlis Ter­tinggi parti dan penglibatan be­liau sebagai calon Timbalan Presi­den UMNO menerusi blog Kit Siang baru-baru ini.

“Kepada Kit Siang, saya ingin berkata, tolong tutup mulut anda dan jangan cuba masuk campur urusan dalaman parti. UMNO bukan DAP. Anda begitu kerap mencampuri urusan semua, tolong bataskan diri anda daripada mencampuri urusan orang lain.

“Cukuplah hidden hand kamu dan DAP. Nikmatilah detik berbulan madu DAP setelah segala rencana DAP cukup berhasil,” kata­nya dalam satu kenyataan, hari ini.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh turut menyindir Penasihat DAP itu dengan me­ngucapkan tahniah kerana berjaya merealisasikan impian DAP mengetuai Pakatan Harapan dan menjadi rakan terkuat di semua negeri serta Pusat.

“Tahniah juga kerana membawa politik polarisasi kaum yang paling ketara sejak merdeka. Nasihat anda mungkin terus diperlukan untuk ‘Malaysian Malaysia’ anda tetapi tidak untuk urusan saya atau UMNO.

“Saya tahu anda ada banyak lagi agenda dan saya tahu anda sedang menikmati buah yang kini gugur ke riba anda tanpa anda perlu mengaitnya. Oleh itu, memadai dengan menjeling atau menepuk tangan, nescaya segalanya jatuh ke riba DAP dan anda. Itu hak anda.

“Kalau ada apa daripada anda untuk saya, kita bertemu dalam gelanggang di Parlimen nanti. Itu tempatnya,” kata Annuar.


0 comments:

share2