Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 5, 2018

DUA ADUN ANGKAT SUMPAH EXCO PAHANG



Dua Adun angkat sumpah Exco Pahang



Dua Adun Pahang mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Abdulaziz, hari ini.

Mereka ialah Adun Benta, Dato' Sri Mohd Soffi Abd Razak dan Adun Batu Talam, Dato' Abd Aziz Mat Kiram.

Upacara Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Menerusi pelantikan itu, lengkap sudah barisan Exco kerajaan negeri, selepas lapan daripadanya, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengangkat sumpah pada 15 Mei lalu.

Bagaimana pun, portfolio yang bakal disandang kedua Exco yang baharu mengangkat sumpah itu belum diputuskan.

Sebelum ini, Wan Rosdy yang kini memegang empat portfolio berkata, beliau akan melepaskan dua daripadanya sebaik Exco baharu dilantik.


0 comments:

share2