Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 8, 2018

TUN M NAMPAK MACAM 'KEPALA' TAPI BUKAN...



Tun M nampak macam ‘kepala’ tapi bukan..



Kuala Lumpur – Tun Dr. Mahathir Mohamad nampak sahaja macam ‘kepala’ pembangkang namun hakikatnya beliau bakal jadi boneka kepada DAP.

Malah secara jelas telah diperkudakan oleh DAP untuk menjayakan agenda politik parti tersebut, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak.

“Sebab itu dalam ucapan terakhir pembangkang pun Dr Mahathir yang buat. Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng ada di belakang sebab hendak memberi gambaran kononnya Dr. Mahathir menguasai pembangkang,” katanya dalam program Mandat TV3 malam tadi.

Sedangkan dalam sistem politik, kata Najib, kuasa mutlak adalah parti yang mempunyai kerusi paling banyak dan dalam Pakatan Harapan (PH) ia adalah parti DAP.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ini menyaksikan DAP banyak bertanding di kawasan-kawasan bandar yang merupakan kerusi-kerusi selamat mereka.

Sedangkan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bertanding di kawasan-kawasan yang belum tentu boleh menang dan kesudahannya DAP akan mendapat bilangan kerusi yang lebih.

“Sehari dua ini pun, kita dapat lihat gelagat mereka yang mana Guan Eng boleh umum dua orang termasuk Nga Kor Ming akan menjadi menteri. Ini menunjukkan DAP belum ada kuasa mutlak, sudah umum. DAP menganggap mereka ‘menguasai’ pembangkang.

“Ucapan (Prof) Datuk P. Ramasamy secara terbuka atas pentas berkata;”Kami tidak lupa apa Dr Mahathir lakukan tetapi kami hendak guna dia untuk tarik undi orang Melayu.”

“Nga Kor Ming pula dalam ucapannya berkata mahu Dr Mahathir menghabiskan kerjanya menumbangkan Barisan Nasional. Dia hina Dr Mahathir tetapi pada masa sama meluahkan isi hatinya,”


0 comments:

share2