Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 8, 2018

[JERANTUT] RM9 JUTA NAIK TARAF BEKALAN AIR



Wan Amizan



Felda Rentang akan menikmati lebih banyak faedah apabila sebanyak RM9 juta diperuntukkan untuk menaik taraf bekalan air di Felda tersebut.

Ini berikutan jangkaan penduduk yang akan bertambah di Felda tersebut berikutan projek perumahan membabitkan 400 rumah.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerantut, Dato' Sri Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, keperluan untuk menaik taraf bekalan air di kawasan itu dilihat cukup mendesak berikutan jangkaan peningkatan penduduk pada masa depan.

“Sekarang ini ada 2,400 penduduk dan jumlahnya dijangka bertambah selepas projek perumahan terbabit siap dan sudah tentu keperluan air bersih meningkat.

“Sudah pasti ia satu khabar gembira buat kita dan saya sudah meminta pihak terlibat menyiapkannya pada penghujung tahun ini,” kata calon BN di Dun Kuala Tahan itu lagi.

Beliau ditemui selepas majlis sambutan ramah mesra bersama penduduk Felda Rentang di padang awam Felda itu kelmarin.

Menambahkan kemeriahan, kehadiran skuad Pahang bersama pemain import dan tempatan termasuk pengendali pasukan Dollah Salleh mencuri perhatian penduduk.


0 comments:

share2