Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 31, 2018

[KUANTAN] BUAT KERJA MACAM BIASA



Buat kerja macam biasa




Gerak kerja masih seperti dulu cuma ia dijalankan dalam skala yang lebih kecil berbanding sebelum ini.

Program ziarah Ramadan antara aktiviti wajib yang dijalankan untuk membantu penduduk di kawasan.


Bagi Adun Sungai Lembing, Dato' Md Shohaimi Mohamed Shah, mengakui situasi politik yang tidak menyebelahi BN pastinya menjejaskan sedikit perancangan yang dirancang.

Bagaimana pun katanya, tugas sebagai wakil rakyat harus dilaksanakan dengan baik kerana sudah dipilih rakyat sebagai pemimpin di situ.

“Yang penting, saya akan lakukan yang terbaik.

“Setiap hari ada program cuma ia tidak dipublisitikan, kita lebih low profile dan program lebih kecil,” katanya, ketika dihubungi semalam.

Md Shohaimi berkata, peranan Adun BN di negeri pembangkang pastinya akan mempengaruhi dari segi peruntukkan dan sebagainya.

“Justeru, dengan sumber kewangan yang terhad, saya akan berusaha, mereka yang memerlukan bantuan terus diberi perhatian,” katanya.

Sementara itu, Adun Lepar, Abdul Rahim Muda berkata, memandangkan beliau juga dilantik sebagai Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan, jadual hariannya cukup padat terutama pada bulan Ramadan.

Katanya, beliau masih membiasakan diri dengan kedua-dua amanah itu dan berjanji akan bijak membahagikan masa.


0 comments:

share2