Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 28, 2018

BERSALAHKAH BUDAK2 JASA ?







Kami mohon kerja di sebuah Jabatan yg bernama Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ). Ketika sesi temuduga, kami sendiri tak tahu bidang tugas pegawai2 JASA secara terperinci..setelah diterima bekerja barulah kami tahu dgn jelas bhw JASA adalah. Sebuah Jabatan yg menyokong dan mendokong serta mempertahankan Government of the day..oleh kerana ketika kami bertugas kerjaaan yg memerintah ketika itu adalah kerajaan BN, maka taat setia kami tentulah kpd kerajaan Barisan Nasional.

Siapakah Perdana Menteri dlm kerajaan ketika itu? ,Tidak lain tdk bukan Tun Mahathir Muhammadlah PM.ketika itu, di zaman Dato Zainal Abidin dari Kelantan menjadi Ketua Pengarah yg kemudiannya di sambung oleh Dato Mohd Amin dari Pahang..

Siapakah yg menyuburkan darah merah kami utk mempertahankan UMNO dan BN? Tak lain x bkn jugak Tun M,

Siapakah yg mengarahkan kami utk menentang DAP habis2an? Juga Tun M,

Siapakah yg menerap dan meyakinkan kami bhw DAP adalah parti rasis anti melayu dan islam? Jgk Tun M..

Siapakah yg telah memperjelaskan kpd kami bhw Anwar Ibrahim adalah seorang kaki liwat dan tidak bermoral sehingga Tun mengambil keputusan utk memecat Anwar? Jgk Tun sendiri..

Siapakah yg menyuruh kami membuat pemantauan/rakaman video pemimpin2 spt Mat Sabu yg kononnya byk menabur fitnah kpd kerajaan ketika itu? Itupun Tun sendiri tahu..

Tun, x byk jasa kami pd Tun..cuma kamilah pegawai2 marhein yg bertekak, bertengkar mempertahankan Tun ketika Tun dicela sbg mahafiraun/ mahazalim oleh geng2 DAP dahulu..

Di setiap pilihanraya kecil kami bertugas, berbulan2 meninggalkan keluarga berperang dgn DAP, PKR dan PAS yg ingin menjatuhkan Tun dahulu..dipelosok kampung yg taksub, nk buat ceramah pun mereka tunggu dengan parang, tapi pegawai JASA redah jugak, redah bkn kerana gaji RM1000 tu, tapi redah krn patuh kpd Tun utk mempertahankan kerajaan dlm apa keadaan sekalipun..

Hari ini keadaan sdh berubah, Tun sdh berpeluk dgn DAP dan Anwar juga Mat Sabu..Tun berjaya menjatuhkan kerajaan BN..Tun berjaya membentuk kerajaan baru bersama Lim Kit Siang yg dulu Tun melabelkan mereka sbg Cauvanis, rasis dan anti melayu islam..MALANGNYA dlm barisan ahli parlimen Tun lbh byk kerusi DAP dan PKR..kami faham Tun buang kami pegawai2 JASA mgkin bkn datang dari kehendak hati Tun, tapi oleh kerana Tun dikelilingi.majoriti kerusi DAP yg anti melayu islam spt kata Tun dahulu, maka Tun terpaksa membuat keputusan sedemikian. 

Kami tersenyum melihat video pendek Tun memeluk anak kecil sambil sebak menangis membisik kpd anak kecil itu Tun kembali krn ingin menyelamatkan anak bangsa dan negara..

Tun, walau hari ini anak2 & isteri kami juga berpelukan dlm tangisan Ramadhan krn kehilangan tempat mencari rezqi, TAPI utk pengetahuan Tun, kami sesekali tdk pernah menyesal menjadi pegawai JASA, mgkin tidak pernah ada sebesar zarah jasa kami kpd Tun, maka kami terima hakikat hukum politik dan redha dgn ketentuan Ilahi..

Cuma apa yg kami khuwatirkan ialah Tun bakal melepaskan jawatan PM kpd Anwar yg dulu Tun sendiri bgtau kami beliau adalah seorang pemimpin tdk bermoral yg tdk boleh diangkat sbg pemimpin..Tun bakal tinggalkan untung nasib anak cucu kami kpd DAP yg Tun sendiri mengakui mereka adalah anti.melayu dan islam...

BERBAHAGIALAH Tun dgn apa yg Tun lakukan..smoga Tun dikurniakan kesihatan yg baik..InshaaAllah suatu hari nnt org melayu pasti akan sedar apa yg telah terjadi kpd tanah air ini..sedar diketika segalanya tlh hilang..

Maafkan kami Tok Janggut , maafkan kami Dato Bahaman, Dol.Said d Naning, Dato.Maharajalela, Mat Kilau di Sabah dan Rentap di Sarawak..sekadar ini saja kemampuan kami pertahankan bumi melayu ini...

Salam Ramadhan, kepada Tun, saya mengambil kesempatan dibulan yg mulia ini utk memohon ampun.maaf andai selama berkhidmat dibawah Tun kami ada melakukan silap dan salah, Selamat berpuasa Tun, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!


- Mantan pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ).

0 comments:

share2