Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 3, 2018

[BENTONG] TERIMA KEMUDAHAN MESIN ATM



Terima kemudahan mesin ATM



Penduduk di sekitar Simpang Pelangai di sini mendapat khabar gembira apabila mereka akan menerima kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Stesen Minyak Smart Felda Chemomoi tidak lama lagi.

Calon Dun Pelangai, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, mesin ATM yang disediakan oleh Agro Bank itu bakal memberikan kemudahan buat penduduk setempat bagi transaksi pengeluaran dan pemindahan wang.

“Ini adalah usaha kita untuk memberi kemudahan kepada penduduk yang tinggal jauh dari bandar malah, penduduk khususnya di kawasan Simpang Pelangai telah lama memohon supaya disediakan mesin ATM.

“Peruntukkan RM88,000 telah disediakan bagi kos ubah suai tempat dan penyediaan mesin ATM berkenaan, malah sewa tempat di stesen tersebut turut ditanggung sebanyak RM4,000 sebulan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Pahang di Dewan Felda Kemasul di sini, semalam.

Menurutnya, lokasi asal untuk menempatkan mesin berkenaan dicadangkan di Simpang Pelangai kerana ia lebih mudah dan strategik tetapi tidak ada tempat sesuai untuk menempatkan mesin ATM berkenaan.

“Oleh itu kita tempatkan mesin ATM tersebut di Felda Chemomoi dan ia lebih mudah daripada mereka pergi ke Durian Tepus atau ke Triang,” katanya.


0 comments:

share2