Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 5, 2018

[BENTONG] KENYATAAN MOKHZANI SEOLAH PERSENDA JANJI PAKATAN HARAPAN



Kenyataan Mokhzani seolah-olah perseda janji Pakatan Harapan



Kenyataan Tan Sri Mokhzani Mahathir memperlekehkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sama seperti mempersendakan janji pembangkang untuk meneruskan bantuan berkenaan sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14.

Naib Presiden Umno, Dato' Sri Hishammuddin Hussein, berkata ini membuktikan bahawa Mohzani tidak mempunyai pendirian di samping tidak memahami apa yang dialami oleh rakyat yang susah dan memerlukan.

Menurutnya, pembangkang jelas tidak mempunyai kesepakatan dalam isu berkenaan malah dibuat oleh seseorang yang tidak mempunyai kedudukan dalam parti.

“Kalau mereka hendak ketepikan BR1M, suruh Mokhzani sendiri bagi bantuan kepada mereka yang memerlukan... saya rasa beliau banyak duit (kerana berstatus antara individu Melayu terkaya di Malaysia).

“Orang tahu BR1M diterima rakyat dan untuk dia mengatakan BR1M tidak diperlukan rakyat daif... dia tak tahu keadaan mereka yang benar-benar daif? 

“Saya rasa beliau tidak ada kredibiliti dan kedudukan dalam parti untuk memberi hujah begitu,” katanya kepada media selepas majlis bersama rakyat di Dewan Semai Bakti Felda Lurah Bilut, dekat sini, semalam.

Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bentong, Dato' Sri Liow Tiong Lai dan calon BN kawasan Dun Bilut, Jason Poo Mun Hoong.

Beliau mengulas kenyataan Mokhzani yang juga anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperlekehkan penerima BR1M, dengan mengatakan tiada apa yang perlu dibanggakan mengenai bantuan itu.

Mokhzani dalam ceramahnya di pentas pakatan pembangkang di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah, malam kelmarin, dipetik sebagai berkata, meskipun kerajaan gembira kerana mampu membantu rakyat menerusi BR1M, rakyat sebenarnya lupa bantuan itu menunjukkan mereka tidak mampu menyara kehidupan sendiri.


0 comments:

share2