Penantian lebih empat jam membawa rezeki terpijak buat seorang penoreh getah selepas meraih hadiah lumayan bernilai lebih RM8,000.
Sabri Lawa,54 berketurunan Orang Asli etnik Yahut dari Kampung Paya Mengkuang menerima sebuah motor Yamaha Y15ZR hasil cabutan bertuah sempena Majlis Penyerahan Dividen Risda Peringkat Nasional 2018 di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Simpang Peragap Kampung Ketam, semalam.
Memegang nombor 3207, Sabri menyifatkan hari berkenaan sangat bertuah bagi dirinya.
Ketika ditemui Sinar Harian, bapa kepada dua anak lelaki itu bersyukur dengan kemenangan tersebut.
"Saya tak nak jual motosikal ini. Nak guna untuk bawa pergi menoreh selepas ini dan mungkin bagi untuk kegunaaan anak.
"Tak sangka pula penantian beberapa jam membawa tuah dengan hadiah yang lumayan ini," akuinya.
Sabri datang bersama keluarganya pada majlis tersebut dan mengakui pulang dengan kegembiraan.
Dia antara pemenang cabutan bertuah sempena majlis tersebut yang dirasmikan oleh Perdana Menteri,Dato' Sri Najib Tun Razak.
0 comments:
Post a Comment