Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 23, 2018

NIAT MAHATHIR VS NIAT NAJIB



Niat Mahathir vs Niat Najib



Niat Mahathir kerana dendam apabila tidak dapat apa yang dimahukan seperti didedah oleh Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Najib tidak setuju untuk swastakan MAS kepada kawannya, luluskan lesen judi untuk karibnya, bagi geran percuma RM3 bilion kepada Proton semasa dia pengerusi dan tidak menolong anak dia menjadi Naib Presiden UMNO ataupun melantik dia sebagai ahli majlis tertinggi.

Tun Mahathir sangat marah dengan keengganan Najib kerana beliau anggap Najib sebagai tidak mengenang budi sebab merasakan dirinya ialah orang yang naikkan Najib sebagai perdana menteri.

Tun Mahathir gemar bergaduh. Dia gaduh dengan hampir semua perdana menteri yang lain seperti Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan Pak Lah. Dia cuma tidak sempat lawan dengan Tun Razak kerana terlalu awal meninggal.

Tun juga gaduh dengan hampir semua timbalan-timbalan dia seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim

Sangat nyata niat Tun Mahathir ialah membalas dendam dengan Najib. Dendam ini semakin membara kerana Najib tegas dengan pendiriannya dan tidak senang dikalahkan.

Niat Najib pula ialah dia benar benar meletak kepentingan dan masa depan negara melampaui kepentingan politik peribadi.

Dia tegas untuk menyempurnakan agenda transformasi negara dan untuk menyelesaikan masalah legasi yang membebankan negara dan rakyat.

Najib telah menyelesaikan masalah perjanjian berat sebelah IPP, dan membeli balik PLUS Highways sepenuhnya dari kroni-kroni dan sekaligus menghapuskan perjanjian tol yang tidak adil walaupun kebanyakkan kroni ini merupakan kawan Tun Mahathir.

Komitmen Najib untuk menurunkan harga kereta sejak dia memerintah bagi mengurangkan beban hutang rakyat dan membolehkan rakyat mampu membeli kereta yang lebih selamat juga membawa banyak kemarahan dari Tun Mahathir kerana telah menjejaskan syarikat Proton kesayangan Tun.

Dia juga tegas untuk melaksanakan permansuhan subsidi pukal dan GST walaupun tidak menguntungkan politik peribadinya kerana tahu langkah-langkah ini adalah penting untuk jangkamasa panjang negara – seperti telah dilakukan di hampir seluruh negara-negara di dunia.

Kalaupun, niat GST ialah meningkatkan pendapatan kerajaan.. alangkah ianya lebih senang kalau kita menaikkan cukai2 seperti cukai korporat, cukai peribadi, cukai jualan dan cukai servis,

Naikkan cukai yang ada, tak payahlah nak memperkenalkan cukai baru untuk orang marah.

Tetapi Najib tidak menaikkan cukai-cukai sedia-ada sebaliknya, dia menurunkan cukai korporat dan peribadi dan memansuhkan cukai servis dan cukai jualan pula.

Masa Ringgit menurun dan Najib diserang dalam segi politik dengan teruk, dia tegas untuk tidak menambat Ringgit seperti dilakukan oleh Tun sebelum ini kerana tahu langkah ini akan merugikan negara dalam jangka panjang.

Oleh kerana langkah berani ini, pertumbuhan ekspot negara kita melonjak berganda dan industri pelancongan negara bertumbuh pesat.

Walaupun Najib benar-benar menyelamatkan negara tahun 2009 ketika negara dalam krisis ekonomi dunia yang paling teruk sejak 80 tahun dahulu, dia dimarahkan pula kerana meminjam dan menggunakan wang untuk disuntik ke dalam ekonomi negara sebagai langkah menentang kemelesetan ekonomi negara yang akan lebih teruk jika langkah ini tidak diambil.

Sama dengan tahun 2014-2016 apabila harga komoditi dunia menurun dengan teruk terutama ekspot utama negara iaitu petroleum yang harga telah jatuh 80% dalam masa yang singkat.

Jikalau ekspot sesuatu negara jatuh 80% dalam masa singkat, tentulah negara itu akan mengalami krisis yang dashyat.

Tetapi oleh kerana langkah-langkah berani yang telah dijalankan seperti mengurangkan kebergantungan kepada hasil petroleum, melaksanakan GST pada masa yang tepat dan meningkatkan bayaran BR1M, negara sekali lagi di selamatkan dari krisis yang tentu akan lebih parah.

Walaupun sekali lagi telah dibukti, Najib menyelamatkan negara tetapi dia diserang pula kerana GST.

Tun Mahathir langsung tidak ada niat untuk kepentingan negara. Ini terbukti apabila Tun Mahathir pun tak tahu kandungan manifesto gabungan parti sendiri walaupun dia calon perdana menteri yang bakal melaksanakan manifesto ini.

Niat dan motif dia satu sahaja. Menumbangkan Najib dengan apa saja cara termasuk U-turn demi U-turn diatas prinsip-prinsip beliau sebelum ini, melontar fitnah di atas fitnah dan berpakat untuk berbuat jahat dengan parti cauvinis dan orang yang dimusuhi dia selama 20 tahun.

Motif Najib ternyata untuk meletakkan kepentingan negara melangkaui kepentingan politik peribadi.

Niat dendam peribadi ataupun niat baik untuk negara? Apa yang kamu mahu?

Rakyat Malaysia mestilah bijak memilih.


0 comments:

share2