Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 7, 2018

MB MENGADAP PEMANGKU RAJA PAHANG HARI INI




Bentong - Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob berkata yang beliau akan menghadap KDYMM Pemangku Raja Pahang esok, Sabtu, 7 April; untuk mendapat perkenan Baginda bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13.

“Saya, sebagaimana diarahkan oleh YAB Perdana Menteri; kita, Kerajaan Negeri Pahang akan bersekali,” katanya, merujuk kepada pengumuman mengenai pembubaran Parlimen berkuatkuasa esok, Sabtu, 7 April oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak menerusi siaran langsung RTM 1, tengah hari tadi.

Dengan pembubaran itu akan memungkinkan Pilihanraya Umum (PRU)-14 diadakan.

Serentak itu, Dato’ Sri Mohd Najib meminta Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri supaya menghadap KDYMM Sultan atau Yang Dipertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan DUN masing-masing secara serentak.

“InsyaAllah esok, saya menghadap KDYMM Pemangku Raja Pahang. Dokumen-dokumen semua dah siap,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat PIBG sekolah ini petang Jumaat, 6 April.

Adalah difahamkan, majlis menghadap yang dimaksudkan berkemungkinan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, sebaik-baik selepas Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Pahang Darul Makmur di Balairung Seri pada sebelah paginya.

Ketika ditanya tentang tarikh pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri katanya, “Manifesto saya ingat Selasa kita boleh itu (lancarkan).

“Manifesto dah ada, kita nak perbaiki lagi sebab ada yang kita nak naikkan bantuan persekolahan Yayasan Pahang; bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kita naikkan sikit. Jadi itu kena masukkan”.

0 comments:

share2