Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 19, 2018

[MARAN] PELBAGAI INSENTIF BANTU TINGKAT TARAF KEHIDUPAN



Ismail menyerahkan replika




Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menyediakan pelbagai insentif dan bantuan membabitkan per-belanjaan RM3 juta kepada pekebun kecil di daerah ini.

Ketua Umno Bahagian Maran, Dato' Sri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, jumlah itu meliputi bantuan, insentif termasuk biaya prasarana dan pendidikan untuk anak-anak pekebun kecil dan bagi meningkatkan pengeluaran getah negara.

Menurutnya, di daerah Maran sahaja, sebanyak RM1.4 juta dibelanjakan bagi program tanaman semula getah membabitkan seluas 2,297 hektar kawasan tanaman berturut-turut dan kira-kira seluas 339 hektar kawasan tanaman semula baharu membabitkan seramai 1,700 orang pekebun kecil.

Manakala, katanya, kira-kira RM500,000 turut dibelanjakan bagi pembinaan jalan pertanian, pembetung, pusat belian getah dan lain-lain kemudahan prasarana.

“Sebanyak RM41,000 turut dibelanjakan bagi program peningkatan getah (PPG), sebanyak RM247,000 bagi skim insentif pengeluaran getah dan RM25,000 bagi peruntukan kelas tuisyen rakyat untuk anak pekebun kecil,” katanya ketika berucap pada Program Kasihi Pekebun Kecil Gerakan Penggalakan Produktiviti dan Moh Ngeteh bersama pekebun kecil daerah Maran di Kampung Sungai Ling Luar, di sini, semalam.

Sementara itu, Ismail berkata, masa depan pekebun kecil terjamin di bawah pemerintahan kerajaan BN yang akan terus membela nasib pekebun kecil.

Menurutnya, bantuan RM200 sebulan kepada pekebun kecil dan penoreh ketika harga getah jatuh yang diberikan kerajaan baru-baru ini membuktikan kerajaan prihatin dan konsisten terhadap rakyat di luar bandar.

Beliau turut menyarankan pekebun kecil melakukan kerja sampingan seperti projek pertanian ketika kejatuhan harga getah.

“Mereka tidak boleh bergantung bantuan kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu terus berusaha.

“Pekebun kecil sendiri kena berusaha seperti mengusahakan tanaman kontan sayur-sayuran, tanaman jangka," katanya.

Hadir sama, Pegawai Risda daerah Maran Muhammad Amir Hamizan Hairuddin.


0 comments:

share2