12/4/2018 - Kaum wanita seharusnya merasakan bersyukur mempunyai kerajaan yang sentiasa peka dan focus dalam memastikan aspek kesejahteraan setiap golongan masyarakat,termasuk golongan Ibu Tunggal tidak dilupakan dalam menongkah arus pembangunan negara. Pelbagai inisiatif akan dilaksanakan bagi membantu golongan Ibu Tunggal dalam meneruskan kehidupan harian seperti bantuan kewangan,kaunseling,bantuan guaman bagi tuntutan hak- hak seorang ibu tunggal seperti harta sepencarian,hadhanah,faraíd,kursus dan peluang perniagaan bagi memperkasakan ekonomi Ibu Tunggal.
Sesuai dengan Tahun Memperkasakan Wanita, kerajaan telah melancarkan Pelan Tindakan Memperkasakan Ibu Tunggal yang merangkumi 19 langkah strategic berdasarkan teras utama iaitu memperkasakan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan sosial dan meningkatkan perlaksanaan penyelidikan dan penyelarasan pembangunan Ibu Tunggal.
“Ibu Tunggal digalakkan untuk menyertai koperasi bagi meningkatkan pendapatan . Melalui koperasi Ibu Tunggal , setiap ahli akan menerima dividen diatas keuntungan perniagaan yang dijalankan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada koperasi melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai contoh memberikan geran permulaan kepada koperasi memulakan perniagaan sebanyak RM 20,000 dan jika didapati koperasi berdaya maju dan ditadbir urus dengan baik nilai geran akan ditambah dari masa ke semasa. Berbanding dengan Ibu tunggal yang menyertai persatuan, kerajaan hanya memberikan bantuan one off untuk aktiviti persatuan dan ini pastinya tidak kepada individu yang menyertai persatuan”.
“ Besar harapan saya dengan penubuhan Koperasi Ibu Tunggal, dapat menggunakan Kompleks Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul ini dapat memberikan peluang kepada ahlinya menjana ekonomi. Terima kasih kepada ECER Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang merealisasikan impian saya dengan siapnya sebuah Kompleks Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul yang menelan belanja RM 250,000.00. Kompleks ini akan dilengkapi dengan kelengkapan mesin jahit dan pelbagai peralatan jahitan bagi ibu tunggal yang berminat untuk Dr faridah bt Awang Timbalan menambah pendapatan yang akan diuruskan oleh Koperasi Ibu Tunggal”, kata YB Dato’Sri Shahaniza Hj Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.
Beliau berkata demikian ketika berucap di perasmian Kompleks Ibu Tunggal yang dirasmikan oleh Yg Faridah binti Awang Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia yang mewakili Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia. Komplek Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul adalah satu satunya Kompleks Ibu Tunggal yang terdapat di Negeri Pahang.
0 comments:
Post a Comment