Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 26, 2018

[LIPIS] LULUS PERUNTUKAN RM81 JUTA



Lulus peruntukan RM81 juta



Presiden Umno, Dato' Sri Najib Razak hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM81 juta bagi menaik taraf loji air Benta dan pembinaan sebuah Kompleks Sukan Belia di kawasan Kechau di sini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Najib sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah yang telah dihadiri oleh 5,000 penduduk sekitar daerah ini.

Peruntukan berkenaan melibatkan RM71 juta bagi menaik taraf loji air Benta yang terletak di Pekan Benta termasuk menukar baharu sistem paip dan pam galak.

Selain itu RM10 juta lagi diluluskan bagi membina sebuah Kompleks Sukan Belia bagi kegunaan penduduk daerah ini untuk beriadah.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob dan Ketua Umno Bahagian Lipis, Dato' Abdul Rahman Mohamad.


0 comments:

share2