Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 11, 2018

LAPAN JAMINAN UNTUK ORANG MUDA DALAM PRU-14


Lapan jaminan untuk orang muda dalam PRU-14




Kuala Lumpur – Barisan Nasional (BN) menggariskan lapan jaminan kepada generasi muda dalam PRU-14 ini dalam manifesto bagi memastikan idea Transformasi Nasional 2050 (TN50) menjadi realiti.

Manifesto itu menggariskan lapan jaminan melibatkan peluang pekerjaan dan latihan; meningkatkan pendapatan dan kemahiran; memperkasa ekonomi belia luar bandar; memudahkan usahawan muda mendapat bantuan; meringankan beban keluarga muda; menyediakan kehidupan berkualiti; memastikan peluang untuk segenap segmen dan mengangkat idea generasi TN50.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan hujah kononnya BN hanya menabur janji sewaktu pilihan raya adalah cetek dan dangkal kerana komponen tersebut sebenarnya memperbaharui visi dan perancangan untuk masa depan orang muda.

“Walaupun banyak yang telah kami lakukan, saya tahu orang muda Malaysia inginkan lebih lagi. Saya faham orang muda Malaysia perlu lebih lagi. Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya faham apa cabaran yang anda lalui sebagai orang muda.”

“Kalau saya berdiri di sini, dan kata kita sudah buat segalanya, kita tidak perlu buat apa-apa lagi, saya bukan menteri yang baik,” katanya pada Manifesto Khas BN Untuk Orang Muda bertemakan “Jaminan Orang Muda: Bersama, Kita Hebatkan Orang Muda”, di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

Pada majlis yang dihadiri ribuan anak muda yang memenuhi segenap pelusuk dewan itu, Khairy berjanji akan memastikan anak muda mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan BN dalam manifesto utamanya (induk) sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.


0 comments:

share2