Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 27, 2018

[KUANTAN] SHAHAR SEDIA GALAS TUGAS BESAR



Shahar sedia galas tugas besar




Calon muka baru BN Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah menyifatkan pemilihannya sebagai penghargaan kepada orang muda.

Ketua Pemuda Umno Pahang itu berkata, pemilihannya adalah tanggungjawab besar yang perlu digalas sekali gus menyambung legasi serta rekod kecemerlangan penyandang parlimen itu, Allahyarham Dato' Sri Abdul Manan Ismail.

Katanya, sokongan semua pihak adalah begitu penting baginya untuk mempertahankan Parlimen Paya Besar.

"Sebenarnya ini adalah amanah dan tanggungjawab besar untuk saya pikul terutama bagi meneruskan apa yang sudah dilakukan penyandang terdahulu, namun saya percaya dengan sokongan dan kerjasama daripada ahli parti yang lain gerak kerja kempen akan berjalan dengan baik.

"BN bukanlah parti baru dalam memperjuangkan nasib rakyat di Paya Besar sebaliknya sudah bekerja keras sejak 18 tahun yang lalu...rata-rata rakyat sudah pun menyedari perkara itu.

"Justeru, saya berazam membawa pelbagai isu yang ada di peringkat akar umbi supaya mereka mendapat pembelaan nanti," katanya kepada pemberita ketila ditemui selepas Majlis Pengumuman dan Penyerahan Watikah Calon-Calon BN di Kompleks Yayasan Pahang, di sini, semalam.

Dalam pada itu, tambah menarik menurutnya, cabarannya kali ini lebih bermakna apabila dapat memperjuangkan nasib rakyat di parlimen (Paya Besar) ini bersama bekas gurunya, Mohd Zaili Besar juga calon bagi Dun Panching.

"Saya rasa bertuah kerana dapat bergandingan...lebih-lebih lagi beliau (Mohd Zaili) adalah seorang yang sentiasa membantu dan menabur bakti untuk rakyat.

"Beliau (Mohd Zaili) adalah guru ketika saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Panching Selatan dan saya rasa berbesar hati dapat mengikut jejak langkahnya lebih-lebih lagi bertanding pada PRU kali ini.

"Beliau ada menyatakan sokongn sebaik mengetahui tepilih sebagai calon dan langsung tidak kisah bekas anak muridnya bertanding bagi kawasan parlimen berbandingnya...itulah sifat seorang guru yang sebenar," katanya.


0 comments:

share2