Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 17, 2018

[KUANTAN] LATIH PELAJAR SUPAYA BERKEBOLEHAN JADI IMAM MUDA



Latih pelajar supaya berkebolehan jadi imam muda




Yayasan Pahang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan menganjurkan Program Imam Muda Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan 2018 yang berlangsung di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, di sini, kelmarin.

Program bertemakan ‘Solat Berjemaah Membentuk Generasi Berdisiplin' disertai 220 pelajar lelaki tingkatan empat sekolah menengah sekitar daerah ini yang terpilih dan bakal memimpin murid-murid lain dalam aktiviti surau terutama solat berjemaah.

Pegawai Pendidikan Daerah, Mohd Razali Mustafar berkata, solat merupakan salah satu pengisian utama pihak PPD untuk membina karakter warga sekolah, khususnya murid agar dapat mencegah perkara negatif dalam mengharungi dunia yang kian mencabar..


Peserta didedahkan dengan rukun sembahyang bagi memastikan ibadah wajib itu dilaksanakan dengan betul.


Melalui program itu, katanya, PPD menyasarkan kira-kira 10 peratus murid lelaki beragama Islam boleh menjadi pemimpin dalam masyarakat, boleh membaca al-Quran dengan baik, menjadi imam, membaca doa selamat dan tahlil.

“Membina generasi mengikut cara hidup Islam merupakan suatu tanggungjawab utama semua pihak agar kemenjadian murid dapat direalisasikan.






“Oleh yang demikian, Program Imam Muda ini dapat melahirkan murid berkebolehan untuk menjadi imam yang baik dalam memimpin solat berjemaah terutama di sekolah atau di luar sekolah," katanya.  

Beliau berkata, program itu berupaya melahirkan murid-murid yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa dan berdaya saing seiring.

Katanya, ia seiring perkembangan teknologi maklumat kerana akan didedahkan dengan aktiviti yang dapat melahirkan seorang imam dan boleh menjadi contoh kepada murid-murid yang lain,’ katanya.




0 comments:

share2