Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 22, 2018

ISMAIL YAKIN KEKUATAN WANITA DI PARLIMEN MARAN



Ismail yakin kekuatan Wanita di Parlimen Maran




Wanita Umno diingatkan terus menggandakan usaha bagi memastikan BN menang dengan majoriti besar pada PRU14.

Ketua Umno Bahagian Maran, Dato' Sri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, ini kerana wanita merupakan tulang belakang serta penggerak utama jentera.

Menurutnya, wanita yang mempunyai pelbagai kemahiran berkempen serta budi pekerti tinggi, diyakini boleh membantu memacukan jentera parti bagi mendapat kemenangan.

“Tidak dapat dinafikan peranan jentera wanita (JR) dibantu Pemuda dan Puteri membawa banyak kejayaan kepada calon BN pada setiap pilihan raya.

“Jangan lagi tunggu dan toleh ke belakang, sebaliknya teruskan perjuangan. Strategi Wanita diyakini mampu memberikan yang terbaik untuk kemenangan BN,” katanya ketika berucap pada majlis Ramah Mesra dan Jamuan Makan Malam, di sini kelmarin.

Majlis yang disertai lebih 1,200 anggota JR di Sungai Ling turut dihadiri Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Maran Datuk Rosni Zahari.

Ismail menegaskan, setiap anggota wanita dan JR perlu turun padang bersemuka dengan pengundi bagi memastikan mereka keluar mengundi dan mengundi BN pada pilihanraya 9 Mei ini.

“Saya harap pengundi gunakanlah segala kepakaran dan ilmu bagi mempertahankan kerajaan BN yang banyak berjasa dan membela rakyat pada pilihanraya kali ini,” tegasnya.

Timbalan Menteri Sumber Manusia itu selanjutnya berkata, jika Umno kalah maka tiada lagi keistimewaan Melayu dan anak cucu mereka, malah negara akan akan menjadi nasib sama dengan beberapa negara luar yang kini hancur akibat perebutan kuasa.

Sehubungan itu beliau mahu Wanita Umno dan sayap parti mengutamakan parti dan memastikan BN menang 4.0 di Parlimen Maran.


0 comments:

share2