Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 10, 2018

BN LIPIS YAKIN "LIPIS KEKAL BN"



 Mungkin lawan tiga penjuru




BN Lipis yakin mampu mempertahankan kerusi parlimen dan tiga Dun pada PRU14.

Pengerusi BN Parlimen Lipis, Dato' Abdul Rahman Mohamad berkata, sesuai slogan ‘1LipisKekalBN’, pihaknya yakin kerusi Parlimen Lipis (Umno), Dun Padang Tengku (Umno), Dun Benta (Umno) dan Dun Cheka (MCA) akan terus kekal milik BN.

Menurutnya, melalui usaha dan kerja keras yang dilakukan sebelum ini, pengundi akan mempertimbangkan kepada semua calon BN sekali gus memberi kemenangan kepada mereka pada PRU14.

“Saya percaya pada PRU14 nanti kebanyakan tempat termasuk Parlimen Lipis akan berlaku pertandingan tiga penjuru sama ada di kerusi Parlimen mahupun Dun.

“Biarpun begitu, melalui semangat dan saling menjaga hubungan baik pada setiap lapisan masyarakat, saya percaya dan yakin BN Lipis akan kekal memenangi PRU14 selain mampu meningkatkan majoriti kemenangan pada kali ini,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jentera BN PRU14 Parlimen Lipis bertempat di perkarangan Bangunan Umno di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Lipis, Dato' Sri Ir Mohd Soffi Abdul Razak dan Naib Ketua Umno Lipis, Datuk Mustapa Long.

Kira-kira 3,000 ahli Umno termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri telah menghadiri majlis pelancaran tersebut.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan gerak kerja sejak sekian lama dan kini akan terus gigih berusaha membantu jentera parti dalam menghadapi pilihan raya tidak lama lagi.

Menurutnya, melalui pelbagai usaha yang telah dilaksanakan sebelum ini, adalah penting untuk mengekalkan kemenangan BN di kawasan itu bagi memastikan kerajaan dapat meneruskan pembangunan dan manifesto yang telah dirancang.

“Lipis merupakan kubu kuat BN dan kita tekad akan terus mempertahankan apa yang telah kita menangi sebelum ini. Selain itu kita juga saling bantu membantu antara parlimen dan Dun.

“Umno serta parti komponen BN turut sentiasa bekerja keras dan agresif mendapatkan sokongan lebih ramai pengundi terutama golongan muda di kawasan ini,” katanya.


0 comments:

share2