Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 17, 2018

BERITA PALSU ANCAM KESELAMATAN NEGARA - NAJIB



Berita palsu ancam keselamatan negara – Najib




Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, berita palsu merupakan bentuk ancaman keselamatan kepada rakyat ketika ini.

Perdana Menteri menjelaskan, atas faktor itu, kerajaan di bawah kepemimpinan beliau telah meluluskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 bagi menentang ancaman tersebut.

“Berita palsu sudah tentu memberi ancaman kepada keselamatan dan kita telah melihat contoh di seluruh yang bertentangan dengan prinsip Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).

“Berita palsu juga telah menjadi alat kepada campur tangan kuasa asing. Peliknya, sesetengah kepimpinan pembangkang hari ini mengalu-alukannya.

“Sebagai rakyat yang patriotik, saya boleh memberitahu bahawa kerajaan pimpinan saya tidak akan melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Putrajaya 2018 bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (Natsec) 2018 di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta timbalannya, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum.


0 comments:

share2