Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 25, 2018

[TIOMAN] MOHD JOHARI KOMITED JAGA RAKYAT DI PULAU DAN DARATAN



Mohd Johari komited jaga rakyat di pulau dan daratan




Tidak mudah bagi wakil rakyat yang menguruskan dua kawasan dalam satu Dun terutama membabitkan kawasan pulau.

Bagaimanapun, sejak dipilih oleh rakyat pada PRU12 dan PRU13, Dato' Sri Mohd Johari Hussain tidak pernah mengabaikan penduduk pulau peranginan, Pulau Tioman di samping terus memberi perhatian kepada penduduk di sebelah darat.

Ia dizahirkan apabila beliau komited dalam menggunakan feri melalui Jeti Tanjung Gemok atau Mersing atau melalui udara untuk bertemu penduduk.

Mohd Johari berkata, setelah dua penggal dipilih sebagai Adun Tioman, sebanyak 262 kali beliau telah memasuki Pulau Tioman bagi mendekati penduduk, menganjurkan program dan meneliti keperluan penduduk di sana.

Tambahnya, ia mendatangkan hasil apabila pada 20 Julai tahun lalu Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan ke sana dan mengumumkan beberapa projek yang diharapkan penduduk.

“Dalam lawatan itu PM telah mengumumkan antaranya pembinaan jeti baharu di Kampung Salang dan membaik pulih beberapa jeti di kampung lain seperti Kampung Tekek, Kampung Juara Kampung Genting serta Kampung Mukut.

“Ketika itu PM turut merasmikan projek yang telah siap antaranya boardwalk laluan pesisir pantai yang menghubungkan Kampung Tekek dan Air Batang serta perumahan rumah murah sebanyak 116 unit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Bagi memudahkan pengunjung memasuki pulau peranginan itu dan mengelak pelancong terperangkap ketika laut bergelora, lapangan terbang baharu akan turut dibina.

Mohd Johari yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri berkata, projek itu turut disambut baik penduduk setempat di samping mampu meningkatkan kemasukan pelancong sekali gus memberi impak positif kepada ekonomi mereka.

“Projek ini masih dalam proses kajian mengambil kira alam sekitar di pulau namun insya-ALLAH ia pasti akan direalisasikan,” katanya.


0 comments:

share2