Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 31, 2018

MPT SARAN PENIAGA PASAR MALAM MENTAKAB BERGABUNG



Isu pasar malam



Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) menasihatkan peniaga di Pasar Malam Mentakab bergabung di bawah persatuan dalam usaha menarik kembali kehadiran pengunjung ke lokasi tersebut.

Yang Dipertuanya, Dato' Azlan Mohd Yaman berkata, penggabungan itu dilihat memudahkan gerak kerja dan melancarkan usaha untuk mengatasi masalah berlaku di pasar malam itu ketika ini.

Menurutnya, MPT sendiri sedia membantu mereka berdasarkan keperluan yang sesuai untuk mengembalikan kerancakan di lokasi tersebut.

“Kita menasihatkan supaya peniaga terbabit bergabung di bawah satu persatuan yang boleh memudahkan kerja-kerja selepas ini. Pihak kita pula sedia bantu mereka mengikut keperluan sesuai seperti penyusunan semula atau yang berkaitan,” katanya.

Menurutnya beliau bersama beberapa ahli majlis turut turun padang dan membuat tinjauan di pasar malam tersebut dan peniaga menyedari saingan antara faktor kemerosoton jumlah pengunjung.

“Mereka sedar dengan saingan yang ada turut menjadi salah satu faktor kemerosotan pengunjung. Kini pasar malam pun ada di pelbagai lokasi tidak seperti dulu,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan Sinar Harian, Rabu lalu berhubung keluhan peniaga dan pengunjung di pasar malam terbabit yang kini kian suram.


0 comments:

share2