Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 20, 2018

[ROMPIN] KEJAYAAN ISLAM HASIL SOKONGAN RAKYAT


Kejayaan Islam hasil sokongan rakyat



Pembangunan dan kemudahan yang disediakan bagi umat Islam di Pahang membuktikan negeri ini sentiasa memberi tumpuan kepada perkembangan syiar Islam.

Sehubungan itu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berharap rakyat akan sentiasa mematuhi enakmen yang diguna pakai di negeri ini.

Titahnya lagi, Islam di negeri itu bukan baru tiba semalam atau kelmarin sebaliknya sudah beratus tahun.

“Alhamdulillah kejayaan Islam di negeri ini bukan semata terletak pada sultan atau mufti tetapi sokongan rakyat yang sentiasa patuh.

“Saya syukur sebagai Tengku Mahkota sedikit sebanyak merasai Islam di Pahang begitu terurus,” titahnya.

Baginda bertitah ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Masjid Kampung Sungai Puteri, di sini.

Baginda turut diiringi Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob.

Pembinaan masjid baharu itu menelan belanja RM7 juta melibatkan dua fasa dan manakala dijangka siap pada penghujung 2019.

Tengku Abdullah juga menzahirkan harapan agar dengan terbinanya masjid itu ia akan digunakan dengan teratur dan baik selain memilih yang tepat bagi menjadi ahli pentadbiran atau jawatan kuasa.

Baginda menegaskan tidak mahu jawatan itu bertujuan menonjolkan diri atau dijadikan batu loncatan bagi karier.

“Saya tak mahu ada berpuak walaupun tak dinafikan ada sifat tak percaya..tak suka..biar masjid jadi tempat tunaikan ibadah sendiri..bukan mengumpat atau mengata, nak buat begitu elok keluar dari masjid.

“Biar masjid jadi tempat benar-benar suci, semua hati semua topi untuk ALLAH,” titahnya.


0 comments:

share2