Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 5, 2018

LEBIH 40,000 PENDUDUK KAMPUNG KECEWA TERHADAP KERAJAAN SELANGOR


Didakwa terus benarkan syarikat swasta bangunkan projek tanah kubur mega bukan Islam



Kuala Selangor - Walaupun telah mengemukakan bantahan sejak tahun lalu, lebih 40,000 penduduk dari tujuh buah kampung di sini tampil menyatakan rasa kecewa terhadap kerajaan PKR Selangor yang didakwa terus membenarkan sebuah syarikat swasta melaksanakan projek tanah perkuburan bukan Islam mega berhampiran di kawasan penempatan mereka.

Tujuh kampung berkenaan membabitkan Kampung Felda Bukit Cherakah, Kampung Bukit Kapar, Kampung Bukit Kapar Tambahan, Kampung Bukit Kerayong, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Cerakah Jaya serta Bandar Baru Puncak Alam yang mana 95 peratusnya adalah terdiri daripada penduduk yang beragama Islam.

Wakil penduduk kampung berkenaan, Meklas Ahmad Suparno, 59, berkata, pendirian kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu amat mengejutkan kerana pihaknya telah mengemukakan pandangan serta menolak pelaksanaan projek tersebut sebelum ini yang difahamkan membabitkan keluasan kira-kira 86 hektar.

“Apa lagi yang kami boleh lakukan (untuk menyekat projek tanah perkuburan bukan Islam). Pandangan serta bantahan kami tidak dilayan oleh kerajaan negeri, seolah-olah kami ini yang merupakan rakyat Selangor dan anak tempatan di kawasan ini telah dianaktirikan.

“Kami amat kesal dengan sikap kepimpinan kerajaan negeri yang ada pada hari ini. Banyak lagi projek yang boleh dilaksanakan untuk manfaat semua rakyat, tetapi bukan projek kubur seperti ini,” katanya ketika bersama-sama hampir 100 orang penduduk mengadakan demonstrasi aman di Kampung Bukit Kapar Tambahan, di sini hari ini .


0 comments:

share2