Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 1, 2018

GUNA DRONE KAWAL TAMAN LAUT PULAU TIOMAN


Guna drone kawal taman laut Pulau Tioman



Kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan taman laut Pulau Tioman akan dipertingkatkan bagi memastikan khazanah alam di pulau peranginan itu terus terpelihara.

Ia adalah selaras dengan penerimaan dua buah drone yang bakal dikendalikan empat kakitangan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Pahang yang terlatih.

Pengarah JTLM Pahang, Mohd Fazli Long, berkata, dua drone itu masing-masing memiliki spesifikasi berbeza sesuai dengan fungsinya.

Menurutnya, salah sebuah untuk pemantauan jarak dekat manakala sebuah lagi untuk jarak jauh.

"Saya percaya dengan adanya dua drone ini kerja pemantauan dan penguatkuasaan dapat dipertingkatkan terutama dalam aspek pencerobohan bot nelayan di kawasan taman laut.

"Ia juga mampu memberi penjimatan kerana jika drone mengesan sesuatu mencurigakan atau kesalahan di kawasan taman laut, bot akan segera ke lokasi bagi mengambil tindakan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi uji lari drone berkenaan di Pantai Hiburan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penggunaan drone itu juga dipercayai boleh mengurangkan kadar pencerobohan atau mana-mana pihak melakukan kesalahan di kawasan taman laut.

Menurutnya, mereka boleh dikesan lebih cepat selain kehadiran drone yang sukar disedari berbanding rondaan bot.

"Drone ini ibarat 'mata' bagi JTLM Pahang yang bertindak memantau dari udara. Ia akan digunakan dalam masa terdekat setelah selesai beberapa prosedur penggunaannya yang perlu dipatuhi," katanya.

Sumber

0 comments:

share2