Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 17, 2018

BADAN DUNIA IKTIRAF EKONOMI MALAYSIA, BUKTI PEMBANGKANG BOHONG


Majlis Mesra Rakyat Masyarakat India



Langkawi - Pengiktirafan badan-badan dunia terhadap kedudukan sebenar Malaysia terutamanya dalam bidang ekonomi membuktikan betapa tuduhan pembangkang kononnya negara ini akan bankrap dan muflis hanyalah pembohongan semata-mata.

Menyifatkan kata-kata pembangkang sebagai tidak boleh dipercayai atau 'tidak boleh pakai', Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa yang dizahirkan pembangkang itu jauh berbeza berbanding laporan badan-badan dunia antaranya Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) serta Forum Ekonomi Dunia (WEF).

"Kalau kita ini negara yang bankrap, tentu sekali Bank Dunia, IMF dan WEF tak puji malah kutuk kita habis-habisan. Tetapi, tiada pun laporan mereka yang mengatakan ekonomi kita ini terjerumus ke arah muflis atau bankrap.

"Bukan saja badan-badan dunia tidak bersetuju dengan dakwaan mereka itu, malah pertumbuhan ekonomi negara mencatat pertumbuhan 5.9 peratus manakala ringgit pula kian mengukuh. Itu membuktikan tuduhan-tuduhan pembangkang ini tak boleh dipakai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Teh Tarik Santai dan Mesra Rakyat bersama kira-kira 1,000 masyarakat India di Dewan MIC Kisap, di sini semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Mohd. Hanipah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta Ahli Parlimen, Datuk Ir. Nawawi Ahmad.


0 comments:

share2