Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 19, 2018

UTAMAKAN BAHASA INGGERIS, HADI SINDIR TUN M




Kuala Lumpur - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menerusi satu kenyataan dilihat seolah-olah menyindir Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengutamakan bahasa Inggeris berbanding memperkasa bahasa Melayu ketika menjadi Perdana Menteri.

Walaupun kenyataan itu dibuat secara umum namun secara halus Abdul Hadi menyindir mantan Perdana Menteri itu yang pernah berhasrat mewajibkan Bahasa Inggeris dalam sistem pelajaran negara menerusi dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003, lapor media tempatan.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, generasi awal negara selepas mencapai kemerdekaan telah mengambil langkah positif untuk kembali semula memperkasakan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan kebangsaan dengan menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). ?

“Malangnya pada tahun 80-an dilakukan perubahan, sekali pandang ke Timur, sekali ke arah Barat, akhirnya dihanyutkan oleh ribut globalisasi berslogankan Order Baru Dunia yang ditiupkan oleh Presiden Bush iaitu Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahasa dunia.?

“Kita ikut berenang bersama arus itu, sehingga Bahasa Inggeris menjadi kebanggaan kita, tulisan bahasa kebangsaan dipinggirkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi makin halus di papan tanda perniagaan dan jalan raya,” katanya dalam catatan Minda Presiden yang disiarkan di Facebook beliau semalam.


0 comments:

share2