Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 22, 2018

TEGURAN MAHDZIR DISALAH TAFSIR





Teguran Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam majlis perutusan tahun baharu kementerian adalah berdasarkan kepada arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 6 April 2009.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata ia turut membabitkan larangan pembabitan dalam politik ke atas Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Menurutnya, kenyataan oleh Mahdzir pada 18 Januari lalu disalah erti oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Menteri Pendidikan memberi nasihat dan teguran secara umum kepada pegawai di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah, pengetua, guru besar dan guru supaya mengelak terbabit dalam politik kepartian.

“Bagaimanapun, menteri tidak menyentuh secara khusus atau umum berhubung siapa yang hendak dipilih dalam pilihan raya, malah menegaskan mereka perlu sentiasa bersikap profesional agar prinsip ‘bebas’ diamalkan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya semalam.

Kenyataan itu turut mengesa pihak tertentu menghentikan penyebaran maklumat palsu berunsur fitnah itu, yang boleh mendatangkan keresahan kepada warga pendidikan serta menjejas keyakinan masyarakat kepada mereka.


0 comments:

share2