Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 16, 2018

PERBEZAAN ISU TEROWONG DAN FELDA ADALAH KEJUJURAN




Kuala Lumpur - Perbezaan isu terowong dasar laut Pulau Pinang dan Felda adalah kejujuran kedua-dua pemimpin yang menerajui isu berkenaan dengan mengakui berlaku kepincangan dalam sistem pentadbiran mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, dalam isu Felda, Tan Sri Shahril Samad bersama barisan pengurusan baru mengakui berlakunya penipuan dan berjanji mendapat semula tanah Felda di Jalan Semarak.

Bagaimanapun katanya, perkara sebaliknya berlaku di Pulau Pinang apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng, tidak memberikan fakta sebenar malah menipu rakyat berhubung pembinaan tersebut.

“Guan Eng cuba menutupnya bahkan mendesak supaya disiasat bagaimana media mendapat maklumat mengenai penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seperti ada yang hendak dirahsiakan.

“Kajian impak juga bernilai RM305 juta dan sangat mahal, selain itu berlaku pencanggahan berhubung isu bayaran awal yang berjumlah RM208 juta di mana Guan Eng mengatakan ia belum dibayar tetapi Anggota Exco, Lim Hock Seng menyatakan ia sudah dibayar,” katanya.

Mohd Puad berkata, SPRM harus menjalankan siasatan bagaimana proses tender dilaksanakan termasuk syarikat pereka fesyen terlibat dalam syarikat pelaksana iaitu Special Purpose Vehicle (PSV).

Katanya, ini termasuk kos kajian impak yang meragukan kerana didakwa lebih mahal daripada kos cadangan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan penjualan tanah di TRX untuk rasionalisasi 1MDB sepatutnya beliau harus bertanya kepada Guan Eng kerana melakukan “land swaps” ke atas dua keping tanah “prime” untuk membayar kos kajian impak itu,” katanya.


0 comments:

share2