Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 23, 2018

[KUANTAN] TABAH JAGA ANAK SAKIT POTTASIUM


Tabah jaga anak sakit pottasium


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah dugaan yang terpaksa ditempuhi pasangan suami isteri apabila anaknya disahkan penyakit potassium iaitu mengalami kekurangan garam dalam badan.

Zaiton Deraman, 53, berkata, penyakit yang dihadapi anaknya, Zaihasra Nasaruddin, 21, di kesan pada usia 19 tahun selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Menurutnya, dia sekeluarga terkejut apabila mendapat tahu perkara itu, kerana anak bongsu dari empat beradik itu, sejak berusia enam tahun sudah menunjukkan reaksi tidak sihat, namun penyakit tersebut gagal di kesan pada peringkat awal.

“Pada usia enam tahun, Zaihasra mengalami demam panas secara berterusan, pengsan di sekolah, namun doktor tidak mengesahkan sebarang penyakit yang dihidapi anaknya.

“Pada waktu itu doktor hanya cakap anak saya OKU iaitu mengalami masalah pembelajaran. Jadi pembelajarannya agak perlahan berbanding dengan orang lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Lembing di sini, kelmarin.

Adun Sungai Lembing, Datuk Md Suhaimi Mohamad Shah turut hadir untuk bertanya khabar mengenai kesihatan anaknya itu pada sesi ziarah kasih yang diadakan itu.

Menurut Zaiton, anaknya itu kini bergantung kepada ubat diberikan doktor selain perlu penjagaan rapi kerana dia boleh tidak sedarkan diri pada bila-bila masa.

Jelasnya, ujian dan dugaan tersebut terpaksa dilaluinya sepanjang menjaga Zaihasra kerana dia sentiasa memerlukan perhatian daripadanya, bagaimanapun, dia reda dengan ketentuan itu.

“Jika ubat tidak diberi makan mengikut masa yang ditetapkan Zaihasra boleh tidak sedarkan diri, sebab itu doktor nasihatkan dia tak boleh berjauhan dari saya.

“Saya juga selalu ingatkan dia supaya sentiasa makan ubat seperti yang ditetapkan oleh doktor bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku terhadap dirinya,” katanya.

Zaiton berkata, sebelum ini, Zaihasra ada mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM280 sebulan sewaktu dia bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing aliran Pendidikan Khas.

Namun, katanya, bantuan tersebut berakhir sebaik sahaja dia tamat persekolahan.

“Saya minta agar bantuan untuk anak saya terus diberikan bagi membolehkan dia membiayai kos perubatan yang perlu dijalani setiap tiga bulan.

“Sekiranya ada bantuan ia sedikit sebanyak meringankan beban saya,” katanya.


0 comments:

share2