Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 20, 2018

[JERANTUT] DARIPADA SURI RUMAH KEPADA USAHAWAN PIZZA


Daripada suri rumah kepada usahawan piza dalam talian


Dari seorang suri rumah yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, wanita ini kini mampu menjana pendapatan RM650 sebulan selepas mengambil keputusan memulakan perniagaan piza secara atas talian.

Segalanya bermula apabila Fatimah Mohd Ramli, 34, menyertai Kursus Selebriti Chef di bawah program Empower dikendalikan Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timer (ECERDC) pada 2017.

Fatimah berkata, pada asalnya dia berhasrat menyertai kursus menjahit namun bertukar fikiran dengan memilih kursus kulinari sebagai pilihan utamanya.

Katanya, dia sudah lama berhasrat untuk menyertai program di bawah Empower sejak ia mula menapak di Jerantut pada 2014, namun hanya berpeluang menyertainya tahun lalu.

“Pada mulanya saya agak gementar dan takut juga, tapi dengan sokongan daripada suami dan anak-anak serta bimbingan yang diberikan oleh pihak Empower, saya memberanikan diri menceburi bidang perniagaan.

“Berbekalkan modal dan ilmu yang ada, saya cuba buat piza di rumah. Pada asalnya hanya untuk ahli keluarga dan saudara mara saja,” katanya.

Fatimah berkata, selepas mendapat respon yang baik dari keluarga dan saudara mara, dia kemudiannya memberanikan diri untuk meletakkan gambar piza yang dimasaknya di dalam laman sosial Facebook.

“Pada bulan pertama memulakan perniagaan, saya terima 73 tempahan sebelum meningkat sehingga 113 biji sebulan.

“Saya menamakan sebagai Pizza Fatin Razak dan menjual piza pada saiz 10 inci dengan harga RM15. ” katanya.

Menurutnya, permintaan terhadap piza yang mempunyai keunikan tersendiri kerana rotinya rangup selain rasanya yang enak itu meluas sehingga ke bandar Jerantut, Felda Sungai Retang, Jengka dan sekitar Felda Sungai Tekam.


0 comments:

share2