Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya diheret sama dalam kancah isu pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak, di sini.
EXCO Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin, menjelaskan FELDA khususnya Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV), sebuah agensi yang mempunyai struktur pentadbirannya sendiri dan memiliki keupayaan melaksanakan tanggungjawabnya.
"Adalah tidak wajar membabitkan Perdana Menteri kerana FGV adalah satu badan yang ada Ahli Lembaga Pengarah (BOD), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengurus Besar.
"Semua yang dilantik ini ada keupayaan dan kebolehan, malah ada pengerusi sendiri," katanya mengulas tindakan pihak tertentu terutama pembangkang yang sengaja mengaitkan Najib dalam isu pindah milik tanah agensi itu.
Sebagai agensi yang mengamalkan tadbir urus yang baik, beliau berkata, seharusnya yang dipertanggungjawabkan dalam isu ini adalah CEO, BOD dan pengerusinya.
"Kita harapkan rakyat sedar dan nampak bahawa pembangkang ini akan sentiasa cuba mengaitkan Perdana Menteri dalam apa juga keadaan walaupun hujan lebat dan banjir. Semua salah Perdana Menteri.
"Kita kena bijak dalam membuat penilaian dan tidak sewajarnya terus menyalahkan Perdana Menteri saja," katanya.
Beberapa media dalam talian yang memetik pemimpin pembangkang cuba mengheret Najib dalam isu itu, sedangkan ia permasalahan yang berlaku dalam agensi berkenaan saja.
0 comments:
Post a Comment