Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 28, 2017

[RAUB] MDR LUPUS MESIN SIMULATOR BERNILAI RM300,000


MDR lupus mesin simulator bernilai RM300,000


Majlis Daerah Raub (MDR) melupuskan 20 mesin simulator bernilai kira-kira RM300,000 hasil rampasan kerana beroperasi tanpa lesen dalam dalam tempoh Mac 2016 hingga Mac tahun ini.

Pegawai Daerah Raub, Datuk Hamdan Husin berkata, sepanjang operasi yang dijalankan dalam tempoh itu, pihaknya berjaya merampas 26 mesin berkenaan bagaimanapun enam daripadanya dituntut pemilik selepas menjelaskan fee tebusan barang sita berjumlah kira-kira RM14,000.

"Rampasan ini hasil tindakan penguatkuasaan mengikut Enakmen Hiburan 1993 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah yang memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"MDR akan terus menjalankan operasi daripada semasa ke semasa dengan membuat serbuan dan rampasan, dan kami di MDR tidak pernah memberi dan mengeluarkan lesen,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas menyempurnakan pelupusan barang sitaan semalam.

Hamdan berkata, rampasan dan operasi yang dijalankan adalah hasil tindakan bersepadu MDR dengan kerjasama polis Raub.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang menganjur kegiatan haram ini secara berterusan.

"Orang ramai untuk turut serta dan bersama-sama bekerjasama dalam membanteras gejala sosial ini.

"MDR turut menasihatkan kepada semua pemilik premis perniagaan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang," katanya.


0 comments:

share2